|
|
Maklumat
Am
Sejarah
Kolej Matrikulasi Melaka(KMM)
seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang Masjid Tanah Alor Gajah
Melaka telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Seramai 61orang staf kolej telah
mula bertugas mulai tarikh tersebut. Pengambilan pelajar perintis sessi
1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999.Seramai 3,000 pelajar ditawarkan
ke tiga bidang pengkhususan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan.
Bilangan staf telah bertambah ke 85 orang.
Pada 1 Januari 2000,
seramai 1000 orang pelajar telah dipindahkan: 500 orang ke Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan(KMNS) dan 500 lagi ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP).
Logo
Bentuk Am
Gabungan 2 asas rekabentuk iaitu
bimorfik dan geometri menunjukkan gabungan pendidikan informal dan formal,
keseluruhannya juga mewakili keseimbangan antara rohani dan jasmani. Lukisan
secara blok, heksagon huruf KMM menunjukkan kekukuhan dan kestabilan.
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
sebagai pusat pengajian matrikulasi dan seterusnya merupakan merupakan
motto kolej iaitu KARISMA, MAJU dan MULIA.
Gabungan dua simbol dinamik
menunjukkan suatu pergerakan yang berterusan dan membentuk suatu global.
Ia bersesuaian dengan visi untuk mencapai pengiktirafan dunia. Lukisan
simbol yang bersentuhan menunjukkan komitmen dan kerjasama antara warga
kolej untuk mencapai kecemerlangan.
Tulisan KMM yang mengarah kehadapan
dan ke atas menunjukkan keazaman warga kolej untuk mencapai visi, misi
dan objektif. Manakala huruf berbentuk geometri melambangkan perkembangan
sains dan teknologi yang berterusan.
WARNA
.
|
Biru - Kesepaduan
ilmu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. |
.
|
Hijau - Melambangkan
universal, kesejahteraan dan keislaman. |
.
|
Kuning - Menekankan
budaya ilmu dan keutuhan pendidikan yang menjadi teras visi dan misi
kolej. |
|
Putih - Melambangkan
kemuliaan dan kemurnian. |
Bendera
Motto
"KARISMA MAJU MULIA"
Visi
Kualiti
Pendidikan matrikulasi yang memenuhi aspirasi negara dan diiktiraf dunia.
Misi
Mewujudkan
suatu iklim pendidikan yang kondusif untuk membentuk generasi yang cemerlang
dalam segala aspek bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Piagam Pelanggan
Kami
warga Kolej Matrikulasi Melaka dengan penuh tekad dan iltizam berikrar
dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:
1.
|
memberi
khidmat yang terbaik melalui pengurusan yang mesra,cekap, dinamik,efisien
dan berterusan
|
2.
|
memastikan
setiap program dan aktiviti yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi
dan kolej dirancang dan dilaksanakan, diselia dan dinilai dengan sebaik-baiknya
supaya program dan aktiviti-aktiviti tersebut berkesan dan pelajar-pelajar
mendapat manfaat yang maksimum
|
3.
|
mengambil tindakan terhadap surat menyurat dalam tempoh yang ditetapkan
|
4.
|
membekalkan
maklumat asas yang tepat dan terkini mengenai kerja dengan serta merta
bila diminta
|
5.
|
memastikan
bangunan dan kawasan kolej sentiasa terurus,bersih,ceria dan selamat
|
6.
|
melengkapkan
data dan rekod peribadi pelajar dalam masa sebulan selepas pendaftaran
|
7.
|
menyampaikan
transkrip peperiksaan setiap semester sebulan dari tarikh dari peperiksaansetelah
disahkan oleh Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia |
8.
|
mengambil
tindakan serta merta membantu pelajar yang menghadapi masalahkesiahatan,
peribadi dan gangguan emosi
|
9.
|
berusaha
memastikan semua pelajar menamatkan kursus dengan cemerlang dan berjaya
melanjutkan pengajian ke instituisi pengajian tinggi. |
Lagu
Berilmu, Berkemahiran,
Berteknologi,
Gigih Tempuh Cabaran,
Capai Satu Wawasan.
Disiplin, Berakhlak
Mulia,
Berketerampilan,
Berfikiran Kreatif,
Kritis Dan Inovatif.
Kolej Matrikulasi
Melaka,
Megah Unggul, Berbudaya,
Saling Hormati, Sopan, Berbudi Bahasa.
Kolej Matrikulasi
Melaka,
Berkarisma, Maju, Mulia,
Ilmu Membentuk Generasi Cemerlang.
Peta
Lokasi
Berikut adalah
peta panduan kepada anda yang ingin ke kolej ini mengikut laluan:
(dalam perancangan
akan dimasukan dari Bandar Melaka, Lubok China dan Port Dickson)
Komen
atau cadangan mengenai laman web ini boleh dikemukakan kepada WebMaster
melalui e-mail aik109@yahoo.com.
|