[]Maklumat
Pengajian
>> Sains Hayat
>> Sains Fizikal
>> Perakaunan
[]Silibus
Pengajian
>> Sains Hayat
>> Sains Fizikal
>> Perakaunan
[]Pensyarah
>> Jab. Matematik
>> Jab. Sains
>> Jab. Perakaunan
>> Jab. Kokurikulum
|
|
Akademik
Objektif
o Menghasilkan
pelajar yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran ke arah negara yang
berteknologi tinggi
o Membentuk generasi yang berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri yang
unggul
o Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
o Menyahut seruan dan harapan kerajaan dan negara bagi menghasilkan sebanyak
mungkin siswa/siswi Bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan untuk
pembangunan negara
o Mewujudkan dan membina kesedaran ke arah penghayatan budaya ilmu yang
terancang dan sistematik
Konsep
Program
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program
persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus
peringkat Ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di
universiti awam dan swasta.
Tempoh pengajian program pra-universiti ini mengambil masa 3 semester
atau (1 1/2 tahun). Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang
kepada aspek akademik dan kokurikulum.
Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang tidak sahaja berilmu
dan berketrampilan tetapi juga mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji
khususnya daya kepimpinan yang tinggi.
Semua pelajar program ini akan mengikuti silabus dan kaedah penilaian
yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus
program Matrikulasi.
Bidang
Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan menawarkan dua(2)
jenis bidang pengkhususan iaitu:
a) Program Matrikulasi Sains (Sains Hayat / Sains Fizikal) (Kod M001)
b) Program Matrikulasi Perakaunan (Kod M002)
Di samping bidang Pengkhususan, semua pelajar program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan
diwajibkan mengambil mata pelajaran yang meliputi kecergasan fizikal dan
mental, sukan dan
permainan. khidmat masyarakat, sosial dan penampilan diri.
Subjek Matrikulasi
Mata pelajaran yang akan dipelajari semasa mangikuti program
Matrikulasi adalah seperti
berikut;
Pelajar Sains
Pelajar diwajibkan mengambil
Matematik, Kimia dan sama ada Fizik atau Biologi. Jumlah waktu pertembungan
seminggu seperti berikut :
Sains
Kuliah
Praktikum
Tutoran
|
- 4 jam
seminggu (150 pelajar/kuliah)
- 2 jam
seminggu (30 pelajar/praktikum)
- 2 jam
seminggu (15 pelajar/kelas tutoran)
|
Sastera Ikhtisas
Kuliah
Tutoran
|
- 4 jam seminggu
(150 pelajar/kuliah)
- 2 jam seminggu
(15 pelajar/kelas tutoran)
|
Matematik
Kuliah
Tutoran
|
- 4 jam seminggu
(150 pelajar/kuliah)
- 2 jam seminggu
(15 pelajar/kelas tutoran)
|
Bahasa Inggeris
Tutoran
|
- 3 jam seminggu
(20 pelajar/kelas tutoran)
|
Sains Informatik
Praktikum
|
- 2 jam seminggu
(30 pelajar/praktikum)
- Untuk satu
semester sahaja
|
Pendidikan
Islam/Moral
Tutoran
|
- 2 jam seminggu
(30 pelajar/kelas tutoran)
- Untuk satu
semester sahaja
|
Pendidikan
Kewarganegaraan,
Kemahiran
Berkomunikasi
dan Penampilan Diri
Kuliah |
- 1 jam seminggu
(150 pelajar/kuliah)
|
Sukan dan
Permainan
Persatuan dan
Kelab, Kawad Kaki
Praktikum
|
|
Diharapkan
anda berkunjung lagi dilain kali. Komen atau cadangan mengenai laman web
ini boleh dikemukakan kepada WebMaster melalui e-mail aik109@yahoo.com.
|