Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Londang 78300 Masjid Tanah Melaka
  >> Laman Utama | Maklumat Am | Pentadbiran | Akademik | Panorama | Link
Panduan Navigasi Laman :
> Akademik \


[]Maklumat Pengajian
>> Sains Hayat
>> Sains Fizikal
>> Perakaunan

[]Silibus Pengajian
>> Sains Hayat
>> Sains Fizikal
>> Perakaunan

[]Pensyarah
>> Jab. Matematik
>> Jab. Sains
>> Jab. Perakaunan
>> Jab. Kokurikulum

 

Akademik

Objektif

o Menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran ke arah negara yang berteknologi tinggi

o Membentuk generasi yang berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan dan berkeupayaan     mencapai kesejahteraan diri yang unggul

o Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif

o Menyahut seruan dan harapan kerajaan dan negara bagi menghasilkan sebanyak mungkin siswa/siswi Bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan untuk pembangunan negara

o Mewujudkan dan membina kesedaran ke arah penghayatan budaya ilmu yang terancang dan sistematik

Konsep Program

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat Ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Tempoh pengajian program pra-universiti ini mengambil masa 3 semester atau (1 1/2 tahun). Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang kepada aspek akademik dan kokurikulum.

Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang tidak sahaja berilmu dan berketrampilan tetapi juga mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini akan mengikuti silabus dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus program Matrikulasi.

Bidang Pengkhususan

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan menawarkan dua(2) jenis bidang pengkhususan iaitu:

a) Program Matrikulasi Sains (Sains Hayat / Sains Fizikal) (Kod M001)
b) Program Matrikulasi Perakaunan (Kod M002)

Di samping bidang Pengkhususan, semua pelajar program Matrikulasi Kementerian Pendidikan
diwajibkan mengambil mata pelajaran yang meliputi kecergasan fizikal dan mental, sukan dan
permainan. khidmat masyarakat, sosial dan penampilan diri.

Subjek Matrikulasi

Mata pelajaran yang akan dipelajari semasa mangikuti program Matrikulasi adalah seperti
berikut;

Pelajar Sains

Pelajar diwajibkan mengambil Matematik, Kimia dan sama ada Fizik atau Biologi. Jumlah waktu pertembungan seminggu seperti berikut :

  Sains

  Kuliah
  Praktikum
  Tutoran

 
  •  4 jam seminggu (150 pelajar/kuliah)
  •  2 jam seminggu (30 pelajar/praktikum)
  •  2 jam seminggu (15 pelajar/kelas tutoran)
  Sastera Ikhtisas

  Kuliah
  Tutoran

 
  • 4 jam seminggu (150 pelajar/kuliah)
  • 2 jam seminggu (15 pelajar/kelas tutoran)
  Matematik

  Kuliah
  Tutoran

 
  • 4 jam seminggu (150 pelajar/kuliah)
  • 2 jam seminggu (15 pelajar/kelas tutoran)
  Bahasa Inggeris

  Tutoran
 

 
  • 3 jam seminggu (20 pelajar/kelas tutoran)
  Sains Informatik

  Praktikum
 

 
  • 2 jam seminggu (30 pelajar/praktikum)
  • Untuk satu semester sahaja
  Pendidikan

  Islam/Moral
  Tutoran

 
  • 2 jam seminggu (30 pelajar/kelas tutoran)
  • Untuk satu semester sahaja
  Pendidikan
  Kewarganegaraan,
  Kemahiran
  Berkomunikasi
  dan Penampilan Diri
  Kuliah
  • 1 jam seminggu (150 pelajar/kuliah)

 

  Sukan dan
  Permainan
  Persatuan dan
  Kelab, Kawad Kaki
  Praktikum

 

  • 1 jam seminggu

Diharapkan anda berkunjung lagi dilain kali. Komen atau cadangan mengenai laman web ini boleh dikemukakan kepada WebMaster melalui e-mail aik109@yahoo.com.

 

 

 

Kemaskini Akhir Laman Ini: 18 Febuari 2002
Untuk Paparan Terbaik, Sila gunakan resolusi skrin 600 X 800
Kolej Matrikulasi Melaka (Londang) Kementerian Pendidikan Malaysia 78300 Masjid Tanah Melaka
Tel: 06-3847778 | Fax: 06-3847190 | Web Rasmi: http://www2.moe.gov.my/~kmmelaka/
Laman Mirror : http://mmckpm.tripod.com | Email WebMaster :aik109@yahoo.com
© Hakcipta WebMaster Kolej Matrikulasi Melaka 1999, 2000, 2001,2002
Laman Web Kolej Matrikulasi Melaka V3.0 [hpvd7.0.7] (15 Febuari 2002)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-axalan create-